Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, June 21, 2016

Hari Raya Atau Takaful? Yang Mana Perlu Didahulukan?



"Saya rasa nantilah saya ambil Takaful. Lagipun raya dah nak dekat ni. Maaf ya Encik Hami."

"Eh tak perlu minta maaf. Awak tak ada buat salah apa pun."

"Ya la Encik Hami dah explain semua. Tiba-tiba saya tak nak ambil."

"Hahaha. Tak ada masalahlah. Memang tugas saya untuk sampaikan. Tapi bukan tugas saya untuk paksa awak ambil Takaful. Yang penting saya happy dah lepas tanggungjawab saya sampaikan."

"Tapi insyaAllah saya akan ambil dengan Encik Hami."

"Errr... Tak apa awak nak ambil dengan siapa pun. Yang penting awak ada perlindungan Takaful. Itu paling penting di antara terpenting."

"Saya rasa bersalah pulak Encik Hami cakap macam tu. Tapi dekat nak raya ni biasalah. Semua nak pakai duit. Beli itu beli ini."

"Jangan risau. Saya faham. Tapi kalau awak lebih faham fungsi keperluan dan kehendak itu, insyaAllah awak akan ambil Takaful. Tapi takpe, awak settlekan hal raya awak dulu. Paling penting awak happy, balik kampung dengan selamat." 

😊

                 ***********************

Perbualan saya dengan seorang prospek. Beliau memang inginkan Takaful. Tetapi hari raya menjelang tiba membatasi. Itu perkara biasa. Tapi bila saya dah balik rumah, si prospek tadi whatsapp saya. Mungkin rasa bersalah bersarang dalam jiwa.

"Saya terfikir memang betul kata-kata Encik Hami tu. Buat saya tersentak. Kalau gitu saya setuju nak ambil pelan hibah yang Encik Hami propose tu."

Tugas saya hanya sampaikan. Tugaskan kalian putuskan. Saya tidak pernah memaksa. Tapi saya akan cerita supaya kalian faham. Ambil setelah benar-benar faham.

Sebelum balik, saya bercerita sesuatu padanya.

"Setiap hari saya drive kereta ke sana ke mari. Saya memang boleh control stereng kereta saya. Saya boleh berhati-hati. Tapi saya tak boleh control kereta di kiri dan kanan saya. Jika ditakdirkan ada kereta langgar saya dan saya meninggal, apa persediaan yang saya dah lakukan? Apa yang saya tinggalkan untuk orang yang saya sayang? Saya hanya ada seorang mak. Jika saya ditakdirkan meninggal dunia, saya hibahkan wang pampasan pada mak saya RM500k. Ya RM500k bukanlah jumlah yang banyak bagi sesetengah orang. Tapi dengan wang sejumlah itu mampu menyelesaikan banyak perkara. Juga mungkin itu jasa terakhir saya pada mak saya." 😢

Panjang lebar saya terangkan. Rupanya itu yang menjentik hatinya. Semua itu dari Allah. Saya cuma pengantara.

Tidak pernah terlambat untuk kita bersedia. Yang terlambat adalah bila kita tidak lakukan apa-apa. Takaful bukan untuk saya. Tetapi Takaful untuk anda semua.

😊

TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Executive Wealth Planner
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Instagram: hamiasraff 
WeChat: hami_asraff




11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Bukan prejudice tapi org kita memang masih ramai yg tertinggal hal ini. Kalau org bangsa lain lama dah mereka terlibat. Perlu ada lebih pencerahan kepada yg masih tidak faham sebenarnya...

EH - Ekslamasi Holistik said...

Sediakan payung sebelum hujan

raihanah said...

dua2 pun perlu.

Jie Susanos said...

mnarik..kalau kita jujur..dan lebih pnting..tak memaksa prospek..

jeles..prospek yg cari kita..

Afif Rayyan said...

Kalau boleh utamakan takaful dulu sebab penyakit boleh datang bila2 masa je.. lagi2 sekarang nie tengah viral dengan difteria.. huhu

mrhanafi said...

satu cernaan minda yang amat menarik dan tuan memang guna ayat yang sentap kerana kebenarannya ada kat situ

Mang Jumro said...

nice web i very love you Cost Acne Treatment With Laser 

akubiomed said...

Tinggal keputusan ditangan tuan punya badan.

Percutian Medan said...

Pakej Percutian Ke Medan Indonesia
- Makan Sedap .....
- Tidur Nyenyak .....
- Shopping Banyak .....
- Harga Murah .....
Nak Tengok Harga Budget dan Standard
sila clik : http://agentpelancong.blogspot.co.id/
Semua ada kat disini .....

Dapatkan penawaran khusus untuk paket grup / corporate
Call/WhatsApp : +62821 6201 7001
Email : tourinmedan@gmail.com

Rapunzel Cikilolo said...

selamat hari raya.

Jari Manis said...

setuju dgn kak Zakie