Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri

May 23, 2016


Idea entri ini sebenarnya dari Instagram. Macam biasalah, Instagram sentiasa pantas dalam mengepost gambar dan caption. Jadi aku panjangkan di sini sebab sini boleh membebel. Rindu oh nak membebel panjang-panjang.

Sepanjang minggu lepas aku memang busy gila. Boleh dikatakan setiap hari ada appointment dengan prospek dan klien. Banyak agenda nak kena uruskan sebelum nak bercuti puas-puas di London 25 Mei - 1 Jun 2016 ni. Yeah tak sabar dan tipulah kan kalau tak excited. Makanya, sebelum pi bercuti ni, kena settlekan banyak benda. Yer la baru pi bercuti dengan aman damai dan sentosa.

Cuti dua hari Sabtu dan Ahad ni aku nak rewardkan diri sikit. Reward dekat diri sendiri aku ni biasanya akan beli pakaian dan makan yang best best sampai dah bulat badan ni hoi. Lagipun memang nak cari satu sut untuk dinner di London nanti. Tema depa bagi tu adalah Red, Blue and White. Jadi seperti biasalah, jari jemari pantas menggoogle. Dan antara yang menarik pandangan mata gua adalah...











Depa kat atas ni pakai memang la nampak smart, sebab stok badan model segala. Kalau aku pakai ni, semak ada la. Haishhhh. Tak kira tak kira! Kena cari sampai jumpa jugak!

Jadi dipendekkan cerita, aku pi shopping di Paradigm Mall. Dari satu kedai ke satu kedai. Paling menarik perhatian cuma 2 kedai. Maybe sangat kena dengan citarasa aku kot. G2000 dan H&M. Aku ni bukan jenis nak pilih lama-lama. Aku mudah boring kalau shopping lama-lama ni. Hahaha. So kalau berkenan, tengok harga berpatutan dan terus sambar.

Makanya, aku berjaya jugalah sambar blazer di H&M. Harga pun not bad.



Yay or Nay? Tau la belemoih. Hopefully okaylah. Nanti nak cari hat lain pulak. Beli blazer ni tak pernah rugi sebab kerja aku pun memang banyak nak kena pakai blazer. Jadi berpatutanlah. 

Okay itu saja ingin berkongsi. Doakan aku selamat pergi dan balik London nanti. InsyaAllah nanti aku coretkan kisah-kisah di London. Doakan aku memiliki kerajinan untuk update itu. Hehe.

Selamat malam. Assalamualaikum.

You Might Also Like

6 Comments

  1. Alhamdulillah.Tahniah menjadi seorang insan yg dapat memberi inspirasi kepada insan lain. Teruskan usaha untuk lebih berjaya. Moga Allah melindungi perjalanan En.Hami. Enjoy every moment out there. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    datang singgah n follow.
    smart bro baju tue.mmg kene dgn tuan badan.

    ReplyDelete
  3. Okay la tu. Kacak tak kacak tu belakang kira. :p yang penting reward urself. hihi

    ReplyDelete
  4. Saya pun sempat menempah set suite haritu. Apapon semoga selamat pergi dan pulang bro

    ReplyDelete
  5. As long perut tak muncit.. dan badan tak tembam.. in sya Allah.. boleh pakai macam model dan pelakong dalam gambar. :D

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe