Coretan Di Kala Insomnia (Siri 5)

January 14, 2016


Alhamdulillah selamat sampai bumi Malaysia. Percutian 5 hari di bumi Beijing agak bermakna. Aku suka bandar Beijing. Tapi aku tak suka penduduk Beijing. Haha boleh begitu? Bunyi macam diskriminasi. Oh tidak. Tak suka yang dimaksudkan adalah penduduk-penduduk negara China, Beijing khususnya macam agak kasar, attitude depa macam teruk sikit. Mungkin tak semua, tapi kebanyakkannya. Bukan aku seorang sahaja yang bercakap macam ni. Ramai lagi kot.

InsyaAllah aku akan cerita perihal Beijing di sini nanti. Ah, percutian ke Surabaya dan Osaka sebelum ni pun tak sempat nak bercerita lagi. Hanya mampu berhuhuhu. InsyaAllah akan ku gagahi jua untuk menulisnya.

Sampai pagi tadi. Alhamdulillah selamat sampai. Cuak juga sebab flight yang aku naiki adalah MH360. Err... Hmmm... Okey tak nak cakap apa-apa. Semua tu kuasa Allah. Dia berhak untuk segalanya.

Bila touch down je Malaysia, terus aku diserang gatal-gatal. Start dengan tangan and then merebak ke peha dan kaki. Banyak kot. Naik macam ruam. Akibat kegatalan yang melampau, apa lagi aku pun garu, garu dan garu. MasyaAllah betapa sedapnya garu tu Allah saja yang tau. Natijahnya, lagi terus membiaklah ke seluruh badan aku. Tanpa fikir banyak, dari airport terus singgah klinik. Doktor kat klinik tu cucuk vaksin dalam badan aku. Doktor tu bagi ubat makan dan sapu. Dan alhamdulillah hari ni makin okey.

Hari ini (Rabu, 13 Januari 2016), belum bersemangat nak kerja lagi. Badan rasa letih dan lemau lagi. InsyaAllah esok dan hari seterusnya akan terus berjuang dalam arena Takaful ini.

Untuk segala maklumat, cerita mengenai Takaful, apa itu Takaful dan sebagainya, anda boleh KLIK DI SINI. InsyaAllah boleh hubungi saya terus jika ada sebarang persoalan dan keraguan.

Moga dapat tidur dengan nyenyaknya.


1:54 pagi
14 Januari 2016
Kamar Terang
Bandar Baru Bangi



You Might Also Like

10 Comments

  1. alahai kesiannya. harap tak gatal+ lagi lepas ni.

    p.s selamat berjuang!

    ReplyDelete
  2. Dah ok ke gatal2nya moga cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah sampai tempat lahir. Syukur kepada Allah. Ni nak tahu 13 Jan 2014 ke 13 Jan 2016, mohon maaf ya jika saya yang silap..melawat ke beijing 2014 ke tu Asraf!

    ReplyDelete
  4. Asraf kena kongsi ya travel di negara luar baru hebat blog..niat kita kongsi ikhlas..bukan kita nak tunjuk lagak kan..inshaAllah boleh ya kongsikan

    ReplyDelete
  5. As salam. Mesti biz takaful kencang skrg ni kan? Selamat bertugas. Abam Kie follows your blog...

    ReplyDelete
  6. tudiala p layan perasaan sedap menggaru.
    kan dah habes merebak. hehehe
    moga sihat dah hendaknya.

    selamat berjuang kembali di bumi Malaysia :)

    ReplyDelete
  7. untunglah dah pergi ke banyak negara..lua pemandangan~

    ReplyDelete
  8. penduduk china memang kurang behave lah kan, banyak dah video tersebar

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe