Saturday, July 12, 2014

Mentaliti Manusia Sukar Diubah







“Insurans? Pernah dengar, tapi tak tahu la.” 

“Insurans? Nantilah aku ambil!” 

“Sorry, aku tak percaya la insurans. Insurans haram!” 

“Membazir je ambil insurans ni!” 

“Insurans ni macam nak menipu duit aku je.” 

“Buat apa ambil insurans, simpanan aku dah banyak.” 

Antara ayat yang dikeluarkan oleh segelintir masyarakat Malaysia, Melayu khususnya. Bila bercakap pasal insurans, semua macam mahu melarikan diri. Lebih selesa mengelak dari terjerumus mendengar bebelan si agen insurans. Lumrah. Mungkin telah sebati sejak zaman berzaman di hati dan minda kita mengenai apa yang dipanggil insurans. 

Oh ya sebenarnya aku tak salahkan sesiapa pun. Sebab apa? Sebab aku dulu pun macam tu. Dengar je tentang insurans, rasa malas nak dengar. Tambah tambah kalau dapat call dari agen insurans. Mesti banyak gila alasan spontan keluar dari mulut. 

“Sorry Encik, saya busy sekarang ni!” 

“Maaf. Saya dah ada insurans.” 

Terpaksa menipu. Tipu sunat. Ya itulah aku dan segelintir manusia yang lain. Tetapi sehinggalah aku mendapat seru. Sehinggalah aku terfikir yang insurans ini sangat sangat sangat sangat penting selepas ayah aku meninggal dunia. Ya arwah ayah aku meninggal tanpa sebarang sakit. Pemergian mengejut arwah ayah aku. Ayah aku tidak diinsuranskan. Tidak mengapa itu cerita lain. (Ada menulis tentang rentetan pemergian ayah aku di sidebar blog ini). 

Baiklah, dengan ini saya Hami Asraff Bin Ab. Halim adalah berbangga mengistiharkan saya adalah Agen Insurans/Takaful Prudential BSN Takaful. 

Bila aku jadi agen sekarang baru aku faham kenapa masih ramai orang di luar sana tiada kesedaran tentang pentingnya insurans ini. Ya aku melalui semuanya. Sama seperti orang lain. Dengan kata lain, tugas aku sekarang adalah untuk menyedarkan masyarakat (pembaca blog ini terutamanya), tentang apa itu insurans, apa itu takaful. 

Kita tidak tahu sebenarnya apa itu insurans/takaful. Sebab itu kita merasakan insurans atau takaful ini tidak penting dan tidak diperlukan. Jadi mari saya bantu anda untuk memahaminya. Saya akan menjawab persoalan di atas secara mudah. 


“Insurans? Pernah dengar, tapi tak tahu la.” 

Okey sekarang ni kena ambil tahu. Insurans ni adalah untuk protection atau untuk perlindungan. Contoh kalau abang/kakak ditimpa kemalangan, abang/kakak dapat pampasan. Dan kalau meninggal dunia, dapat pampasan berupa wang dalam jumlah tertentu dari pihak insurans. Lepas tu mulalah keluar soalan seterusnya. 

“Eh tapi siapa nak kemalangan?” 

Tiada siapa mahu kemalangan. Tapi siapa kita untuk meramal masa depan. Sekurang-kurangnya kita bersedia dengan sesuatu. Katakan si A ambil insurans dan si B tiada insurans. Si A dan si B ditimpa kemalangan. Si A diinsuranskan tetapi si B tidak dapat sebarang pampasan. Itulah konsepnya. Faham bukan? 


“Insurans? Nantilah aku ambil!” 

Antara jawapan sesetengah prospek. Jawapan saya, mudah sahaja. Tujuan ambil insurans adalah untuk melindungi kita. Lagi kita postpone nak ambil insurans, lagi kita terdedah pada risiko bahaya. Malang tidak berbau, semua orang tahu. Tetapi tidak semua orang bersedia terhadap “malang tidak berbau” itu. Malah, kos rawatan hospital meningkat setiap tahun. Lagi kita menangguh untuk ambil polisi insurans, lagi tinggi bayaran yang dikenakan kelak. 


“Sorry, aku tak percaya la insurans. Insurans haram!” 

Yang ni yang rata-rata orang tak faham. Insurans ada Conventional dan Takaful. Kalau conventional memang haram sebab ada unsur Maisir (Perjudian) dan Gharar (Ketidakpastian). Pelaburan kita di dalam Conventional ini menjurus ke arah perjudian. Sebab itu adanya Takaful. Kalau sebut Takaful, segala-gala system berlandaskan syariat Islam dan dipantau oleh panel syarie’. Jadi tiada isu haram jika anda memilih Takaful sebagai pengurus kewangan anda. 


“Membazir je ambil insurans ni!” 

Anda yakin masa anda sakit wang simpanan anda mencukupi untuk menanggung kos rawatan? Adakah pengurusan kewangan anda termasuk di dalam kos pembiayaan rawatan? Saya pasti kita tidak pernah bersedia untuk sakit. Apatah lagi terfikir tentang kos rawatan. Namun, anda perlu ingat kos rawatan boleh meningkat sehingga ratusan ribu ringgit. Dengan mencarum sedikit wang anda, anda tidak perlu langsung memikirkan kos rawatan hospital. Prudential BSN Takaful akan uruskan semuanya pada anda. Menarik bukan? 


“Insurans ni macam nak menipu duit aku je.” 

Sebelum anda menghukum agen insurans/takaful ini menipu, anda perlu memahami bagaimana sistem yang Takaful amalkan. Sebenarnya untuk anda senang faham, sistem takaful ini adalah berkonsepkan tabung khairiat kematian. Jika ada musibah atau kematian yang berlaku dalam kalangan ahli qariah di sebuah kampung, wang yang didermakan atau disumbangkan oleh penduduk kampung akan disalurkan kepada mangsa. Begitu juga konsep yang diamalkan oleh Takaful. 


“Buat apa ambil insurans, simpanan aku dah banyak.” 

Saya tanya anda satu soalan, 

“Mahu tak kalau simpanan anda langsung tidak diusik jika anda mengalami sebarang musibah seperti kemalangan atau anda menghidap penyakit kronik? Dan segala kos rawatan anda ditanggung oleh pihak Prudential BSN Takaful? Di samping itu, anda juga dapat duit poket yang berupa elaun jika anda dimasukkan ke hospital. Duit simpanan anda tidak dibazirkan dengan kos rawatan yang amat tinggi?” 

 Kalau jawapan “Ya”, anda seorang yang bijak menguruskan kewangan. 

Insurans/Takaful ini bukannya untuk menyusahkan anda. Anda akan menyedari akan kepentingan Insurans/Takaful bila anda berada di dalam situasi yang mana anda memerlukan simpati orang ramai untuk membantu anda. Dan ketika itu, pada setiap hari anda hanya menunggu sumbangan orang ramai (rakyat Malaysia) untuk menghulurkan bantuan berupa wang ke dalam akaun anda. 

Masih belum terlambat untuk anda merancang bagi melindungi diri dan orang tersayang. 

Untuk penerangan lebih lanjut, boleh hubungi saya. Set appointment dan jumpa di mana-mana, lebih mudah untuk saya jelaskan pada anda. 

Jangan bimbang, saya hanya ingin membantu. Keputusan di tangan anda. 



TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
013-2995365 (SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com 
WeChat: hami_asraff




6 comments:

Nurul Atiqah Ahmed said...

Teringin nak ambil insurans ni..
Cuma tak tahu cara..
Macam mana nak proceed.. lagi2 masih student..
keliru. :(

Anonymous said...

ins ni mmg bagus,,, aku rasa semua org tau ins ni mmg bagus,,, yg tak bagusnya adalah bila cerita2 tentang ejen2 yang lepas tangan... yang tu bro lupa nak ulas...mungkin bro agen yg bagus,,, ok tp kat luar sana... inilah ceritanya...ejen masa nak kita beli bukan main lembut tp bila kita nak claim mcm2 dorg ckp... nt bro mesti nak tanya... dorg ckp apa? dorng tu sapa?... malas nak cerita cuma klu bro nak tau... ni antra sebab knp org kita taknak beli ins... sebab cerita ejen yg lps tangan... tak caya? p tanya orang lain...
btw aku mmg dah ada ins takaful...dan ada 2 3 ins lg yg beli masa baru keje dulu...sbb aku akui,,, ins ni mmg bagus... hrp bro dpt jd ejen yg sentiasa bole tolong org2 yg beli dgn bro... sian kat dorg...

sorry, aku anon komen aku ni sbb aku malas nak layan klu org tanya aku mcm2...hehe

Hami Asraff said...

Nurul Atiqah Ahmed: Boleh hubungi saya. Nanti saya terang bagaimana :)

Hami Asraff said...

@Anonymous: Memang tak dinafikan, apa yang kamu kata benar belaka. Agen yang sering menimbulkan masalah. InsyaAllah saya cuba menjadi agen yang tidak bermasalah :)

yusz said...

pnah juga cube nk ambik dlu...tp x lpas...skang ni mmbe sy pun ade offer...tp mmndangkan keadaan ekonomi pun gawat skang ni...kne sabar dlu le....

Nadiah Othman said...

Pendapat saya insurans ni perlu terutama bagi individu yang mempunyai genetik penyakit kronik. sebab kos utk rawatan ni sangatlah tinggi.
Zaman sekarang ni kita terdedah dengan pelbagai penyakit sebab makanan fast food, pencemaran dll. In fact, sayur di sembur racun, ayam dicucuk hormon. Pernah tak baca atau terjumpa orang sakit tapi tak tau punca sebab apa? ada kan. Jadi, amalkan pemakanan yg sihat, lifestyle yg balance dan ambil lah insurans di usia yang muda sebab lagi murah:) berbanding bila dah berumur :)